ya
seperti tajuk catatan hari ini
adalah kali ke empat
nenek berulang ke jabatan imigresen
kali pertama di shah alam
sehari lepas cuti raya cina
terlewat sikit je
dalam jam 8 baru sampai
akibatnya dah beratur
sangat la panjang
sampai ke toilet belakang
kali ke dua esoknya
nenek cuba di kelana jaya
jam 7 dah sampai
tapi sama juga
dah beratur panjang juga sampai kekoridor
kali ke tiga
hari sabtunya
nenek cuba pulak ke putrajaya
lepas subuh juga baru gerak
kata kawan2
putrajaya tak ramai orang
bila sampai kat bangunan tu
tengok kat parking pun tak banyak kereta
hati lega sangat
sambil membenarkan lah apa yg kawan2 kata
tapi bila sampai di pintu jabatan imigresen tu
pak guard kata sabtu ahad dah tak operasi
untuk cawangan putrajaya
aduhaiiiii...
balik juga lah dengan hampa
tapi nenek bukan ada urusan urgent pun utk passport tu
saja nak pebaru
hari ni...
lepas subuh juga nenek ke cawangan shah alam
kat parking tengok tak banyak kereta
macam ok je
sekali naik atas
tu diaa...
dah beratur panjang juga
tapi nenek tawakkal sajalah
beratur juga utk ambik nombor
dapatlah no dibawah 100
alhamdulillah
dari jam 6.40 pagi
jam 8.30 baru dapat nombor
keluar sarapan
dalam 9.30 naik balik
jam 10 lebih baru nama nenek dipanggil
buat bayaran
dan keluar lagi
ronda2 kat gerai jualan sekejap
jam 11.30 passport siap
nenek tak kesah dah
rupa kat passport tu
yang penting dah dibarukan
untuk tempoh 5 tahun
Sunday, 21 February 2016
Saturday, 20 February 2016
makluman...
assalammualaikum...
kepada sesiapa saja yang singgah dan baca blog nenek...terimakasih ye. bila2 singgah la lagi.
pada yang tinggalkan komen dan pesanan...nenek minta maaf. baru ni buka baca. lepas hampir 2 tahun. nenek gi bertapa. 😉
in syaa Allah lepas ni nenek cuba kemas kini selagi mampu. harap maklum.

Friday, 19 February 2016
Tentang Rezeki... (c&p)
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga aku iri pada takdir kematiannya.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Subscribe to:
Posts (Atom)