nenek tak tahu la nak kata apa
bila kawan nenek call
dan bagitahu masalah dia
nenek nak marah pun ada juga
kenapa lah dia mudah percaya
pd org yg dia tak kenal
kan dah menyusahkan diri
al-kisahnya...
kawan nenek ditipu kwn fb
pinjam duit sampai 2k
kesian punya pasal
sampai sanggup gadai barang sendiri
aduhaiii
bertahun nenek dalam dunia cyber
nenek cukup hati2
selain telah mendapat amaran dari atoknya
nenek bukan tak mahu membantu
tapi nenek sendiri tak upaya nak buat apa
nenek bukannya bekerja
segalanya harapkan dari atok saja
nenek juga tak mahu timbulkan masalah
kalau akhirnya nanti
berbalah pulak nenek dan atok
pada yang baru nak ber bf
atau terlibat dgn dunia internet
lebih2 lagi seusia nenek ni
nenek nasihatkan sangat2
hati2 lah dengan segala tipu daya
org2 yg suka mengambil kesempatan
biar org kata kita sombong
kita bukan nak 'mengrenyeh' dlm ni
jangan jadi pemurah sgt
dan toooolooong sesangat
jangan tunjuk kita ni org kaya
bila berlaku macam ni
dapat susah je jawabnya
No comments:
Post a Comment