nak mula je yang 'segan'
tapi bila dah ada lebihan kari semalam
teringin pulak nak mengkirai
jom buat roti kirai(jala)
cara nenek
3 cawan tepung gandum
2 biji telor
1 st garam
1 sb minyak masak
(atau 1/2 cawan santan)
1/2 st serbuk kunyit
(atau setitik pewarna kuning)
air secukupnya
caranya:
satukan semua bahan dan bancuh
boleh juga di blender
sesuaikan kepekatan
dan tapis
(untuk mendapatkan adunan yang halus)
gunakan acuan roti kirai biasa
atau bekas sos 4 mata
kirai di atas non stick pan
(ikut suka hati nak kirai bagaimana)
lipat atau gulung roti kirai
hidangkan bersama kari daging atau kari ayam
(atau dihidang bersama kuah durian)
abaikan rupa kiraian nenek
yang penting...kita enjoyyy!!!
ps* happy birthday papa alif :)
No comments:
Post a Comment