Thursday, 21 May 2015

ujian Allah 3

anak buah atok balik utara untuk rehat
doktor dah pesan
tak boleh memandu kereta@motor
tak boleh ke mana mana bersendirian
tak boleh berlasak
banyak kan tenang dan rehat

tapi ye la...
bila dah balik rumah
sepanjang hari ada saja kenalan yg ziarah
soalan demi soalan di tanya
berulang- ulang
ada juga yang ajak keluar
ngeteh...
itu menurut cerita berita dari kakak atok

seminggu di rumah sendiri
keadaan anak buah elok- elok saja
sehinggalah satu pagi
sakit kepalanya menyerang tiba tiba
tanpa lengah
anak buah atok  dibawa ke HSB
alhamdulillah
keadaan nya stabil dan dibenarkan pulag esoknya

namun dalam masa yg sama
pihak HSB telah menelefon HSgB
dan satu tarikh telah diberikan untuk pembedahan

segala persiapan di sedia kan
tiket bas dan tiket kapal terbang di ulang pantau
segala kos di fikir berkali
akhirnya...naik bas lebih difikirkan baik
perjalanan malam pun mengambil masa 6 jam saja.

malangnya...
tiga hari sebelum bertolak
pihak hospital telefon memberitahu
yang pembedahan terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain
kerana pakar yang bakal membuat pembedahan tersebut
ada kes di mahkamah
aduhai...
nasib baik tiket bas

Tuesday, 5 May 2015

ujian Allah 2

keadaan anak buah masa mula sampai memang lemah
mungkin sebab penerbangan yang lama
dan ditambah keadaan kesihatannya
membuatkan dia tidak bermaya untuk berkata2
ibu nya teman sepanjang anak berada di sana

malangnya semua maklumat dari jordan
dalam bentuk cd
tidak dapat dibuka baca
dan terpaksa dihantar ke makmal it hospital
dan anak buah akan terpaksa melalui mri sekali lagi
untuk mengetahui keadaan
yang doktor di hospital sg buloh kata
dari keadaan kasar anak buah atok
ianya bukan pendarahan tetapi mungkin ketumbuhan
yang telah membesar

4 hari berada di hospital sg buloh
keadaan anak buah semakin baik
dengan pantauan ubatan dari doktor
banyak kenalan dan guru2 nya datang ziarah
nenek sekadar menyiapkan masak apa2
yang boleh dijamah anak buah dan ibu nya

seminggu lebih jugalah nenek berulang
memenuhi keperluan kakak dan anak nya
dan selepas ujian mri dijalankan
didapati...
memang ketumbuhan itu besar
walaupun benign tumor
tapi ianya terletak dikepala kiri
dan betul2 berada diantara
saraf mulut dan kaki
AllahuAkbar

doktor nasihatkan ianya dibuang
tapi risiko tetap ada
dan doktor bagi anak buah keluar bercuti
tenangkan fikiran
sebelum tarikh pembedahan bulan mei katanya




ujian Allah 1

assalammualaikum ...

penulisan kali ini
lebih kepada hal keluarga

masih ingat pada anak buah nenek
yang sambung belajar ke jordan?

petang 9 april
atok dapat call dari kakak nya
menyatakan anak nya akan pulang segera dari jordan
setelah demam berulang dan di dapati
mengalami pendarahan otak
yang telah disahkan dari mri
oleh king abdullah hospital jordan

subhanAllah...

nenek tak tersuara
airmata mengalir
rasa sedih
dan tak boleh bayang keadaan
anak buah yang sedang menanggung
ujian hebat dari Allah ini...

mulalah atok suara
ulang sebut kenapa dia tak bagi sambung belajar ke sana
bimbang jadi keadaan2 yang sebegini
kebetulan memang atok tengah out station
nenek diamkan saja
nenek tengah fikirkan tentang anak buah
yang kita tak tahu bagaimana sakitnya dia saat itu

mula cadangnya
kakak atok akan terbang ke jordan
melihat keadaan dan menemani anaknya di sana..
tapi persatuan pelajar
telah mengumpul dana
dan terbangkan anak buah atok pulang ke malaysia
dan ditemani oleh salah seorang kawannya
alhamdulillah
jadi kakak atok cuma perlu turun ke kuala lumpur saja

setibanya anak buah atok di klia
dia terus dibawa ke hospital sg buloh
atas sebab2 tertentu
dan diberitakan yang hospital sg buloh
ada pakar terbaik dalam bidang neuro di malaysia
ok...