sejak sebulan lepas
kecoh pasal rumpai laut sabah
yang didakwa pmc(pure marine collagen)
sebenarnya tiada collagen pun dlmnya
yang ditulis oleh TSM
orang yang bertanggungjawab
memberi maklumat benar
membetulkan salah tanggapan
ttg sesuatu pemakanan, alatan dan ubatan
yang sedang atau telah dikaji
sepatutnya kita berterimakasih
pada TSM
sekurang2nya kita tambah ilmu
tentulah dia bukan sebarangan orang
yang sengaja mahu meletakkan diri dalam risiko
dihentam orang dengan berbagai kata
dari komen yang dibaca
ramai yang boleh menerima
tapi lebih ramai yang mempertikaikannya
terutama peniaga pmc
nenek akui
nenek juga amalkan rumpai laut tu
setelah melihat ada perubahan
pada kawan2 dan adik nenek
kan nenek pun nak tukar
kepada produk kosmetik yang lain
mana tahu yang murah lebih berkesan
bila membaca tulisan TSM tersebut
rasa malu sendiri pun ada
ada benarnya kata dia
kita yang teruja sangat nak mencuba
sampai apa peniaga cakap pun
kita anggap benar
salah sendiri yang kurang ilmu
dan malas buat review
malah TSM tidak menafikan
ada khasiat lain di dalam rumpai laut
yang dia sendiri amalkan makannya
lega juga lah bila baca bab tu
tapi nenek tidaklah membeli
sampai beratus2 harganya
gila apa peniaga tu ambil untung gitu sekali?
pernah nenek bertanya
di kaunter barangan kosmetik dipasaraya
sebotol kecil
yang terisi mungkin 2-3 pokok rumpai laut tu
dijual pada harga rm25
gila betul
nenek sekadar ingin mencuba
apa sebenarnya rasa rumpai laut tu
jadi nenek pun pesan tru online
di salah sebuah laman blog yang menjual pmc tu
kebetulan ada promosi
rm40/KG gred AAA warna ungu
termasuklah harga penghantaran
baloi la kalau nak gi sabah
setakat nak beli rumpai laut tu kan
tumpang ada org boleh pos ke rumah
tunggu je la kat rumah
gambar dari sumber internet
bila barang sampai
masyaAllah
banyaknya sekilo tu
mahu berbulan stok nak habis
bau laut pun duk ada lagi
nenek baru guna 5 pokok
3 pokok buat agar2 kosong tu
yang boleh menjadi 20 bekas kecil
dan 2 pokok lagi nenek buat kerabu
so far ok je
tindakbalas awalnya
yang diceritakan dari pengalaman org lain
dapat nenek rasakan sendiri
tapi nenek tidaklah makan selalu
dan nenek pun baru je mencuba
harap2
tiadalah mudarat dengan percubaan ini
in syaa allah
No comments:
Post a Comment