Tuesday, 2 April 2013

kisah alif

kesihatan alif
kebelakangan ini
macam2 yang mengganggu

sehari lepas alif usia setahun
alif demam
dan bila nak kencing je
alif nangis2
dan pegang pampers dia

bila bawa ke doktor
doktor sahkan salur urine alif terlalu kecil
tiada ubat untuk itu
melainkan alif perlu dikhatan
kalau tdk
mungkin masalah lain pula yang datang
aduhai...
baru je alif usia setahun

nenek utarakan hal itu ke atok tru sms
kebetulan atok takde masa tu
tapi atok minta tunggu dia balik
dan alif akan dibawa ke demc

bila atok balik
kami bawa alif ke demc
doktor kata hal yang sama
selain doktor mahukan sampel air kencing alif
mana tahu ada jangkitan air kencing

sepasal nak pujuk alif
untuk pasang kantung urine tu

bila keputusan keluar
mmg alif kena kencing kotor
so doktor berikan ubat demam
dan antibiotik
utk kurangkan kesakitan alif bila kencing

sunat?
kalau boleh tangguh
sampai alif pandai cakap
kami ambil keputusan tangguhkan dulu
tapi kalau kencing kotor berulang
kami tak dapat nak buat apa lagi
selain ikut saranan doktor

jam 3 pagi tadi
alif nangis2
tak mahu menyusu
bila tengok bawah dagu alif
besar pelik
takde kesan gigitan
atau kesan lebam

papamama bawa alif ke alam medic
tapi entahlah
kata papa alif
doktor baru bangun tido
tak tengok pun dagu alif
tak sentuh pun alif pun
tiba2 kata alif kembung
bagi ubat kembung bagai

jam 10 pagi tadi
bawa alif ke klinik lain
doktor sahkan kelenjar air liur alif pula tersumbat
sebab tu membengkak
dan boleh mendatangkan demam
tapi doktor tak dapat nak berikan antibiotik
sbb alif baru je ambil antibiotik 2 minggu lepas

selain tungku dgn benda sejuk
doktor sarankan perhati keadaan bengkak tu
kalau tambah besar dan suhu badan tinggi
terpaksa ambil antibiotik juga
dan ubat tahan sakit

so far...
alif cam kanak2 lainnya
aktif
tapi bila sakit
alif merengek dan menangis
itu yang membuat nenek dalam bimbang
nenek jadi tak tahu nak buat apa
semuanya nyata baru pada nenek

semuanya berlaku diketika atok takde
nenek redho dgn ujian ini
dan semoga segalanya dipermudahkan
cepat sembuh alif
nenek sayang alif

No comments:

Post a Comment