Sunday, 2 September 2012

cerita raya...

tahun ini...
raya keluarga nenek tambah meriah
dengan keletah Alif

berbaju melayu dan bersongkok
comel je cucu nenek sorang tu



seperti biasa
setiap kali raya
nenek akan buat nasi himpit
kuah kacang permintaan atok
dan rendang daging

kak lang atok
kirimkan ketupat palas berinti kacang
dengan bas ekspress
aduhaii...
susah2 je
tapi ketupat tu le jadi habuan pertama
di pagi raya

hari raya pertama
kawan2 atok datang rumah
dah lewat petang baru nenek berpeluang
berziarah saudara mara nenek yang terdekat

raya kedua
nenek berziarah pula ke rumah saudara mara yang lain
raya ketiga
kawan atok orang jepun namanya Tomi dan isterinya Masumi
datang bertamu
bawa sorang anak tunggalnya yang baru usia 8 bulan nama Shao
tapi sayang tak mahu kat orang
sama macam Alif
tapi pandai pulak Alif tunjuk macho
tak nangis pulak main dengan Shao


raya keempat dan seterusnya
duk saja di rumah

tadi...
pada hari raya ke 15
nenek buat makan2
sekaligus jamuan raya
untuk adik beradik nenek
jemputan dibuat melalui facebook group
alhamdulillah sebahagian besarnya datang
dan semua orang bertanyakan atok
maaflah...
atok tak de
atok telah berlepas ke orlando semalam

minggu depan dan minggu lagi satu
ada dua undangan yang perlu nenek hadiri
insyaAllah.



No comments:

Post a Comment