ini bukan cerita nenek pergi berjalan2
pada cuti minggu yang lalu
alkisahnya...
minggu lepas
nenek balik ke teratak rindu
ada orang nak menyewa bulanan
kedua2 bilik di teratak rindu
untuk tempoh 6-7 bulan
hal dimaklumkan
oleh jiran belakang rumah
kebetulan atok yang menjawab
panggilan telefon dari jiran tersebut
sudah berkali2
panggilan serupa itu nenek terima
tapi bila disuarakan pada atok
terpaksa diberikan jawapan tidak
sebab banyak sangat alasan atok
yang nenek fikir ada baik dan juga buruknya
tapi kali ini
entah angin apa
mahu pulak atok izinkan
kedua2 bilik teratak rindu
disewakan secara bulanan
dengan kadar rm200/bilik
harga diberikan cukup murah
untuk bilik yang telah dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan homestay
yang nenek kenakan charge
rm70/malam
cuma nenek terpaksa berterus terang
kelengkapan cadar dan comporter
tidak dapat nenek sertakan
kerana kemudahan itu untuk penyewa harian saja
alhamdulillah mereka faham
penyewa adalah muslim
seorang usahawan muda
yang sedang membuat promosi
tentang produk mereka
sepasang suami isteri
dan seorang lagi pembantu mereka
pertama kali bertemu
nampak baik2 saja
harap begitulah
sehingga tempoh sewaan mereka tamat nanti
No comments:
Post a Comment