Thursday, 31 March 2011

Keletah...

Satu lagi program korea yang berjaya membuat nenek tidak lepas nonton adalah Star Junior Show. Bagaimana keletahnya anak-anak artis, ratu, atlet, orang-orang berkepentingan di korea ditemubual dan menjawab kuiz-kuiz yang diberikan. Comel dan cerdik budak-budak yang diambil menyertai program tu yang berusia sekitar 4-16 tahun.

Menariknya program ini berjaya menyatukan ibubapa yang sering sibuk dan tiada masa untuk anak-anak. Mereka secara langsung dipaksa atau terpaksa mendengar rintihan dan luahan jujur anak-anak dan sesekali menyentuh perasaan yang ibubapa tak pernah terfikir. Sesekali nampak reaksi wajah ibubapa yang terkejut, keliru dan malu dengan luahan anak-anak. Dan kuiz pepatah yang sedang dijadikan kuiz bersama artis tetap Star Junior Show, begitu bagus untuk dijadikan contoh kepada anak-anak kita. Mereka bersaing untuk menjadi yang lebih bagus untuk masa depan.

Dan semestinya dalam program ini, Mit Eum menjadi Star Junior bagi nenek. Comel sungguh!! Rasa geram nak cubit bibir mulut dia tu.
                                                               pengacara Star Junior Show
                                                        Mit Eum dan adiknya Ma Eum
                                                                Mit Eum dan ayahnya
                                                              sicomel dan keletah Mit Eum

Korean drama...

Tidak pasti sejak bila nenek mula minat dengan Korean drama. Yang pasti dua cerita ni buat nenek lekat nonton drama ni sampai episod terakhir.

Daring Woman- Kisah seorang wanita muda yang kematian suami dan terpaksa berhadapan dengan dilema kewangan, anak angkat dan persekitaran. Seorang wanita tabah dan berani kerana benar. Bertemu dengan duda anak dua yang telahpun dewasa. Walaupun pada awal hubungan menghadapi berbagai dugaan, namun akhirnya dia berjaya harungi dan hidup bahagia bersama. Sudah tentu watak paling disukai adalah Ji soon Young lakonan Lee Yu Ri.

First Wives Club- Kisah dilema isteri-isteri pertama yang dicurangi suami masing-masing. Bagaimana jalanan hidup ini tetap ada balasan dan pengajaran. What goes around, comes around. Bagaimana kita lakukan itu pada seseorang, kita akan merasai juga penderitaan atas perbuatan lalu. Bagaimana anak-anak menderita atas kesilapan dan perbuatan tanpa berfikir panjang dari ibubapa. Banyak mutiara kata dalam drama ni. Pembawaan watak yang bersahaja, sungguh berkesan dan memang menarik. Dan watak Na Hwa Sin lakonan Oh Hyun Kyung menjadi watak kegemaran kerana semangat untuk terus berjaya. 


Walaupun drama Korea ni kebanyakkannya berkisar kepada cerita keluarga, ianya perlu ditonton dengan kawalan orang dewasa kerana banyak adengan minum arak, mabuk dan pakaian yang seksi. Tapi yang penting, jalan ceritanya yang perlu diambil iktibar. Benar jalan ceritanya tak banyak berubah dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Pusing-pusing bercinta dan jatuh cinta sesama musuh atau dikalangan orang yang dikenali. What a small world. Itu yg mungkin ingin dinyatakan. Namun rasa hormat kepada orang tua begitu baik ditonjolkan dalam setiap drama. Sikap yang wajib diterapkan kepada anak-anak kita.

Wednesday, 30 March 2011

asyik


Sejak dari pagi tadi...nenek duduk asyik layan blog seorang blogger yang bercerita tentang kisah hidup keluarga dan anak-anaknya. Sesekali airmata wanita nenek ni tak tertahan...mengalir juga. Hanya orang-orang yang kuat dan terpilih sahaja yang mampu berhadapan dengan situasi anak yang disahkan sakit sebegitu. Foto-foto terbaru anak-anaknya juga secara tak langsung membuat nenek semakin ingin tahu apa ceritanya untuk hari ini.        http://cekpenayah.blogspot.com/

Kepada blogger tersebut...kuatkan semangat. InsyaAllah anak-anak comel kamu akan kembali sihat seperti sebelum ni. Jagalah kesihatan demi anak-anak yang sangat-sangat memerlukan kamu. Comel Sarah...semoga cepat sembuh ye cu.

Tuesday, 29 March 2011

Today...

Aktiviti utama untuk hari ini ialah pergi Plaza Masalam(PM). Buat urusan dengan AEON. Memang cadang nak pergi awal. Tapi terleka dengan rancangan televisyen. Sudahnya jam 1300 baru gerak dari rumah.

Tiba PM, seperti biasa kereta banyak waktu rehat tengahari. Stuck pulak kat lorong ambil tiket. Aduyaii... Kereta kat belakang dah semakin rapat dan sesekali honk nenek. Sabar le. Tiket parking tak keluar ni! Nenek tekan punat untuk bercakap dengan petugas parking. Ada ke pulak dia suruh nenek undur masuk ke lane yang satu lagi. Ishhh....time lunch ni. Kereta memang banyak kat belakang. Sudahnya dia minta nenek tunggu dan akan sampai kejap lagi. Lega.

Tiba depan AEON tu, tengok ramai betul orang. Ada dua kereta cermin gelap yang menanti. Siapa tu?? Tengok ada juga banner gambar YB Datok Nik Aziz. Owh...dia kut. Tapi ambo ada uruse perlu cepak. 10 minit menunggu, urusan di AEON selesai. Balik rumah...urusan lain banyak menunggu.

Jumpa lagi.

Jalan jalan...

Ahad lepas jalan-jalan ke Jerantut. Belum pernah sampai pun ke Jerantut seumur hidup nenek ni. Itulah kali pertama. Ikut atoknya yang ada meeting kat sana Isnin nya. Menginap satu malam di Jerantut Hill Resort. Entah berapa bintang nenek nak bagi utk resort ni. Ok kut. Nenek bukan perlu kolam untuk swimming pun. Yang nenek perlu, cuma tempat tidor yang selesa setelah memandu lebih 2 jam dari Shah Alam.

Malamnya kita makan di Mat TomYam berdekatan dengan stesyen keretapi Jerantut. Nasi Pataya for nenek Nasi Goreng Kampung for atoknya plus sotong goreng kunyit. Nampak pulak lesung somtam kat situ. Order sepiring. Not Bad. Taste nenek.

On the way balik resort, nampak KFC. Terus atoknya minta belikan egg tart KFC yang dia mula suka. Masa beratur tu dah perasan cam takde je egg tart kat situ. Tapi atoknya punya pasal...beratur juga. Bila tiba giliran...memang sahih...egg tart KFC takde kat situ. Belum sampai Jerantut kut egg tart tu. hmm...

Isnin hantar atoknya ke pejabat daerah Jerantut for meeting. Lepas hantar balik resort and cuba lelapkan mata. Tapi tak boleh. Tak tahu kenapa, malam di Jerantut Hill Resort tu, asyik terjaga saja. Tak berapa nak nyenyak tidor. Ingatkan nenek saja...rupanya atoknya pun macam tu.

Jam 1100am kami tolak balik ke Shah Alam.

Monday, 28 March 2011

MyNote


Akhirnya nenek dapat ciptakan laman ini utk diri sendiri. Tempat untuk nenek berkongsi cerita. Tempat untuk nenek meneruskan minat menulis kerana tiada sesuatupun yang terlambat. Selagi masih ada keinginan bila masa pun, tiada sempadan.

Sudah banyak kali laman serupa ini yang nenek buat untuk mengisi masa-masa terluang. Namun kerana mudah terlupa password, maka laman itu terbiar begitu sahaja. Sekadar menjadi pengikut blogger yang disarankan teman teman. Dan tiada satu pun antara blog rekaan nenek itu yang menggunakan nama sebenar nenek. Bukan tidak mahu, tetapi dinasihatkan begitu. Entah. 

Disebabkan kata-kata mereka, hasil nukilan dan karya-karya nenek yang pernah nenek tulis satu ketika dulu dengan menggunakan nama-nama samaran, tidak dapat diulangsiarkan semula selagi nenek tidak mendapatkan kebenaran dari pihak tertentu. Sedangkan itu hasil karya nenek. Yang pernah menjadi bahan bacaan segelintir orang yang mahu dan tahu menghargai hasil karya seseorang.

Hari ini, nenek ketepikan dulu segala apa yang bakal orang rasa. Nenek mahu bercerita. Nenek suka dan selesa. Nenek mahu meluah rasa. Izinkan nenek untuk itu dan tegurlah nenek jika nenek menyimpang jauh. Nenek perlu berani untuk berkata benar. Walaupun yang benar itu selalunya pahit.