Tidak pasti sejak bila nenek mula minat dengan Korean drama. Yang pasti dua cerita ni buat nenek lekat nonton drama ni sampai episod terakhir.
Daring Woman- Kisah seorang wanita muda yang kematian suami dan terpaksa berhadapan dengan dilema kewangan, anak angkat dan persekitaran. Seorang wanita tabah dan berani kerana benar. Bertemu dengan duda anak dua yang telahpun dewasa. Walaupun pada awal hubungan menghadapi berbagai dugaan, namun akhirnya dia berjaya harungi dan hidup bahagia bersama. Sudah tentu watak paling disukai adalah Ji soon Young lakonan Lee Yu Ri.
First Wives Club- Kisah dilema isteri-isteri pertama yang dicurangi suami masing-masing. Bagaimana jalanan hidup ini tetap ada balasan dan pengajaran. What goes around, comes around. Bagaimana kita lakukan itu pada seseorang, kita akan merasai juga penderitaan atas perbuatan lalu. Bagaimana anak-anak menderita atas kesilapan dan perbuatan tanpa berfikir panjang dari ibubapa. Banyak mutiara kata dalam drama ni. Pembawaan watak yang bersahaja, sungguh berkesan dan memang menarik. Dan watak Na Hwa Sin lakonan Oh Hyun Kyung menjadi watak kegemaran kerana semangat untuk terus berjaya.
Walaupun drama Korea ni kebanyakkannya berkisar kepada cerita keluarga, ianya perlu ditonton dengan kawalan orang dewasa kerana banyak adengan minum arak, mabuk dan pakaian yang seksi. Tapi yang penting, jalan ceritanya yang perlu diambil iktibar. Benar jalan ceritanya tak banyak berubah dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Pusing-pusing bercinta dan jatuh cinta sesama musuh atau dikalangan orang yang dikenali. What a small world. Itu yg mungkin ingin dinyatakan. Namun rasa hormat kepada orang tua begitu baik ditonjolkan dalam setiap drama. Sikap yang wajib diterapkan kepada anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment