Sejak dari pagi tadi...nenek duduk asyik layan blog seorang blogger yang bercerita tentang kisah hidup keluarga dan anak-anaknya. Sesekali airmata wanita nenek ni tak tertahan...mengalir juga. Hanya orang-orang yang kuat dan terpilih sahaja yang mampu berhadapan dengan situasi anak yang disahkan sakit sebegitu. Foto-foto terbaru anak-anaknya juga secara tak langsung membuat nenek semakin ingin tahu apa ceritanya untuk hari ini. http://cekpenayah.blogspot.com/
Kepada blogger tersebut...kuatkan semangat. InsyaAllah anak-anak comel kamu akan kembali sihat seperti sebelum ni. Jagalah kesihatan demi anak-anak yang sangat-sangat memerlukan kamu. Comel Sarah...semoga cepat sembuh ye cu.
No comments:
Post a Comment