Saturday, 31 March 2012

rabbit

dah lama nenek tak cerita ttg rabbit nenek
semuanya baik baik saja
dah besar pun anak anak si putih
tiga darinya mengikut benar baka giant si gumuk
yang dua lagi tu nampak comel sikit
tapi tak de jambul pulak macam putih

apapun...
sejak ada Alif
atok la yang terpaksa bantu uruskan rabbit tu
tq atok!!

Friday, 30 March 2012

waktu bersolek

Alif mandi tengok keadaan
kalau cuaca panas
Alif mandi 2 kali
kalau cuaca mendung atau sejuk
mandi sekali saja
selalunya sebelah pagi
dan sebelah petangnya lap saja
tapi Alif suka mandi
diam je bila kena air

lepas mandi kenalah solek/siapkan
selalunya Alif diam sampai habis sessi bersiap
dah siap kena upah susu dulu
barulah boleh ajak dia nyembang(macam dah pandai nyembang!!)
maksud nenek,
barulah boleh main main kejap dengan dia

seronok tengok gelagat Alif
sesekali gelagatnya macam dah faham apa yang kita cakap
sayang Alif!

darah lagi

hari ini
usia Alif 2 minggu(14hari)
nenek bawa Alif untuk ambik darah lagi
hari ini bacaan darah Alif 146
masih kuning kata doktor
perlukan bacaan di bawah 100
Jumaat depan Alif kena ambik darah lagi

tapi tadi Alif nangis sikit je
dah terbiasa dengan cucuk kut
atau nurse tu jumpa tempat yang memang darah banyak
dan tak perlu dia tekan kaki Alif berulang kali

sikit lagi ye Alif
InsyaAllah
sekali je lagi
nenek akan lakukan apa saja yang terbaik buat Alif

Tuesday, 27 March 2012

169

hari ini bacaan darah Alif 169
turun lagi dari hari tu
doktor pesan benda yang sama untuk mama Alif
jangan ambil jamu
sehingga bacaan darah Alif normal

tadi masa ambik darah
Alif nangis sampai takde suara
kesian benar nenek tengokkan
rasa nenek nak tepis je jururawat tu
tapi jururawat tu dapat tenangkan Alif
sampai teresak esak Alif
mama nak bagi susu pun Alif dah merajuk
sakit benar rasanya

bila mama bawa Alif ke bilik penyusuan
dan pujuk
Alif kembali menyusu dengan baik

sabar ye sayang nenek
jumaat ni kita kena pergi lagi sekali
dengan harapan
bacaan darah Alif akan turun normal
nenek doakan yang terbaik buat Alif..

menurun

pagi tadi
selepas balik dari bawa Alif ambik darah
jururawat masyarakat datang melawat ke rumah

jururawat periksa Alif dan mamanya
berat badan Alif menurun
kata jururawat tu biasa untuk bayi kuning
lagipun Alif cerdas dan menyusu badan dengan baik
mama Alif juga sihat katanya
cuma luka jahitan masih belum sembuh sepenuhnya

selesai membuat pemeriksaan
nenek jemput jururawat minum pagi
kebetulan nenek tidak sediakan apa apa pulak
untuk dijamu pada jururawat tersebut
semalam nenek menunggu juga
siap ada karipap pusing semua
tapi tak datang

hari ni sebab nak bawa Alif ambik darah
nenek tak berkesempatan lah sediakan apa apa
tapi nenek bekalkan kerepek pisang
buat kudapan jururawat dan kawan kawannya

terimakasih jururawat masyarakat
atas kesudian hadir
melawat dan merawat cucu nenek dan mamanya

Monday, 26 March 2012

gout lagi

atok kena gout lagi
sampai demam demam
hari sabtu tu keluar jumpa kawan(katanya)
elok saja
balik terus kena sakit sakit
bengkak lak tu

tentu ada apa apa ni atok!!!!   ;)
lebih kurang je dgn yg tak berapa lama dulu

dear atok
sorry ye...
kalau atok rasa terabai sejak ada Alif
kan kita dah bincang hal ini sebelum Alif lahir
harap atok tak lupa
berilah peluang pada nenek lakukan yang terbaik
tolonglah berikan sokongan dan kerjasama
apapun...
terimakasih atok.........
untuk segalanya     :)

sms lagi

nenek dapat lagi sms dari no misteri
yang pernah nenek nyatakan tak berapa lama dulu
isinya lebih kurang sama

nenek bukan sombong
nak saja nenek kata
kau ni tak de kerje lain ke?
tapi nenek ni cuba jalinkan komunikasi dengan baik
manalah tahu sikap nenek akan dipergunakan sebagai senjata
dan siapa tahu kalau dia benar benar anak salah seorang dari kawan nenek

nenek cuma baca dan simpan saja sms tu
yang bukan satu dua
malah dah berpuluh
termasuk mesej di facebook
sebagai bukti kiriman tersebut dari si penghantar
yg sampai sekarang nenek takde clue
anak siapa la dia?

kemudian nenek tertanya dan berfikir
apa tujuan sebenar penghantar sms dan mesej tu?
kalau benar seperti dinyatakan dalam sms tersebut
sms atau call la nenek on the spot
or snap a picture
kan mudah nak cerita
ni benda dah berhari hari
sms saja tanpa bukti lain
of course di deny mentah mentah
tak pasal pasal jadi gaduh
apa kes???
atau mb itu memang tujuan si penghantar sms?

nenek dah kata nenek dah malas nak layan hal hal sebegitu
baik nenek layan Alif.

keletah

Alif dah berusia 10 hari
alhamdulillah
kesihatan Alif baik-baik saja
nenek suka tengok keletah Alif
dalam tidur dia tersenyum dan buat muka macam-macam
kata orang tua tua
tengah diagah kawan dia
wallahua'lam...

tak dapat nenek bayangkan
kalau sehari tak jumpa Alif
begini rupanya perasaan bila punya cucu

Saturday, 24 March 2012

klinik

semalam nenek buat laporan ke klinik
tempat mama Alif buat pemeriksaan masa mengandung dulu
diorang minta nenek bawa Alif ke klinik esoknya
untuk mengetahui perkembangan terkini kuning Alif

jadi tadi pagi
nenek bawa Alif ke klinik berkenaan
agak lama menunggu
lebih dari sejam
keadaan klinik juga ramai dengan pelbagai pesakit
dan nenek rasa sangat tidak sesuai untuk bayi seawal usia Alif
untuk berada/berlama di situ
namun apa daya
semuanya demi kesihatan Alif

Alif nangis juga bila kena cucuk jarum di kaki
tapi dapat ditenangkan
alhamdulillah
bacaan kuning Alif makin menurun
namun Alif perlu dibawa lagi hari selasa nanti
insyaAllah.

tadi tiba tiba Alif menangis kuat sampai tak bersuara
nenek bimbang sangat
nenek ambil Alif dari mama dan terus bacakan sesuatu ditelinga Alif
alhamdulillah
Alif dapat bertenang

dear Alif...
nenek sayang Alif sangat sangat
semoga Alif sentiasa dilindungi Allah
dari segala godaan syaitan yang direjam
diberikan kesihatan yang baik baik
dijauhkan dari segala kejahatan dan kecelakaan
menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengenang jasa
dan semoga Alif berjaya di dunia dan di akhirat

Alif dah balik

22/3/12
seronok tak kira bila Alif dah boleh balik
nenek bersyukur kuning Alif berkurang
dan keadaan Alif juga sihat
namun banyak lagi cabaran baru dalam membesarkan Alif
mama Alif pun perlu lebih banyak bersabar dan tabah
dengan segala ujian mendatang
nenek harap semuanya dipermudahkan Allah

welcome home Alif
nenek sayang Alif sangat sangat

Thursday, 22 March 2012

G6PD

Alif telah disahkan kekurangan G6PD
sejenis penyakit yang berkaitan dengan darah
banyak hal yang perlu diberikan perhatian
sepanjang pembesaran Alif nanti

apa itu G6PD?
ni nenek ada ambik dan salin dari blog orang lain.


Apa Itu G6PD


G6PD Penyakit Kurang Enzim.'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.  Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.


Bagaimana masalah ini dikesan?


Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.


Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.


Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.  Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.


Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.


Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.


Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.


Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi


Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah.
Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.


Rawatan


Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.


****
Petikan ini diambil dan dipaparkan dari salah satu blog yang saya layari untuk mendapatkan maklumat tentang G6PD. Semoga ia dapat menjelaskan kekaburan tentang penyakit ini.

Monday, 19 March 2012

Alif Qusyairi

nama indah itu adalah untuk cucu lelaki pertama nenek.
diberikan oleh kedua ibu dan ayahnya
nenek dan atok serta wan dan tok belah sana pun tiada apa2 bantahan
asalkan baik makna dan sebutannya

buat masa ini,
baby Alif masih di hospital sebab ada sedikit kuning
disebabkan lahir kurang dari tempoh jangkaan sebenar
ada sedikit masalah pada darahnya
jadi baby Alif perlukan pemantauan dari pihak doktor
untuk lebih kurang 5 hari

insyaAllah semuanya masih dalam pemantauan

Saturday, 17 March 2012

khabar gembira...

hari ini pada tanggal 17 mac 2012, cucu lelaki pertama nenek telah selamat dilahirkan.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah atas segala nikmatnya.
kedua-dua ibu dan bayi sihat. Alhamdulillah.

Friday, 16 March 2012

belum lagi

menantu nenek dalam wad sekarang
masih belum bersalin walaupun sudah dua tiga kali berulang dan keluar masuk hospital
doakan yang terbaik buat menantu nenek
dan semoga semuanya selamat.
terimakasih.

Tuesday, 13 March 2012

kisah 5

"kebiasaannya......wanita akan mempertahankan keluarga, bila lelaki menghancurkannya".... han bok soo...TFWC.

hati siapa yang tidak seronok bila dilamun cinta. baik lelaki baik perempuan. baik bujang apalagi yang sudah berkeluarga. namun kadang-kadang, kita terlalu terbuai sehingga tanpa sedar menyinggong hati dan perasaan insan lain.

kata-kata diatas lebih terfokus kepada kecurangan suami. dan bila sesuatu perkahwinan itu berhadapan masalah dan kehancuran, si ibu selalunya akan berusaha untuk tidak berpisah dengan anak-anak. atau kadang-kadang, si ibu dibiarkan saja bersama anak-anak, tanpa nafkah, tanpa kata putus.

bagi ibu yang sabar dan tabah, syabas dan berbahagialah dengan balasan pahala dari Tuhan. tapi bagi ibu yang kurang sabar dan tedesak dengan hal-hal yang mendatang, berikanlah mereka hak mereka. mereka juga berhak untuk membina bahagia sementara usia masih ada.

kepada anak-anak...memang menyedihkan bila perpisahan ibu bapa berlaku. hidup tidak sesempurna seperti sepatutnya. namun berusahalah untuk berjaya dan membesarlah dengan penuh rasa bangga punya ibu semulia setabahnya.

sekiranya ayah ingin pulang kepangkuan, berlapang dadalah. layanlah dia sebaiknya. mungkin dulu adalah sejarah kebodohan dia. sebagai anak, siapalah kita tanpa ayah.

dan jika sebaliknya yang berlaku...amatlah malang hidup ini.

Monday, 12 March 2012

denai alam

semalam nenek dan atok
ke denai alam
atok dapat sms dari kawannya
jemput baca yasin untuk ibu mereka yang sakit

majlis akan diadakan jam 5 petang
lepas solat asar nenek dan atok gegas ke sana
dalam kereta dah jam 5 lebih sikit
nenek duk terfikir nak duk mana nanti kalau majlis dah mula
(ini pertama kali nenek nak masuk rumah mereka)
nenek tak tahu plan rumah mereka camana

bila sampai
atok park jauh sikit dari rumah kawan tu
nampak banyak kereta duk park depan rumah dia
nenek dan atok pun terus masuk kerana pagar terbuka
lagak cam orang terlambat upacara penting
kalut main terjah

suasana sepi
ada yang tak kena ke?
atau tak mula lagi kah dalam hati nenek berkata
teruskan melangkah sampai depan sliding door yang terbuka
bagi salam
tak siapa menjawab
masing-masing duk sibuk ngan aktiviti petang
dan nampak kawan atok
bagus punya tido kat day bed di ruang tamu
nenek dah tentu la confius

bila isteri kawan tu datang menyambut kehadiran nenek dan suami
terus la nenek bersuara
tak mula lagi ke?
dia pulak tanya nenek
mula apa?
(boleh bayang tak camana kekeliruan nenek masa tu?)

kawan atok pulak duk suara
dalam mamai mamai orang terjaga dari lena petang
nak datang kenapa tak bagitahu dulu?
(nenek ????????)

aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............
memang la ada majlis bacaan yasin tu
tapi sabtu minggu depan daaaaaaaaaaaaaa...

apa la atok ni
tak baca sms betul betul
tentu kawan atok tu duk gelakkan kami lepas kami balik
semangat betul atoknya!!!

moral of the story...
baca dan fahamkan setiap sms yang diterima. :)

Wednesday, 7 March 2012

doakan yang terbaik

pagi tadi
nenek temankan menantu ke klinik ibu mengandung
saja la nak temankan
tengok dah sarat benar

lebih 4 jam di sana
selesai urusan di poliklinik komuniti tu
menantu nenek dapat surat
mengarahkannya pergi ke hospital besar
atas alasan baby kurang gerak

maka petang ni
nenek dan atok hantar menantu ke hospital sg buloh
(anak nenek masih ditempat kerja)
menunggu lebih kurang 4 jam lagi
ambik denyut jantung baby
ambik darah ibu
jumpa doktor

at last menantu perlu ditahan di wad
dan katanya
kemungkinan esok akan di induce

kalau ikutkan
usia kandungannya masih berbaki 20 hari
tapi nenek yakin
dengan segala kepakaran
doktor tahu apa yang perlu
dan terbaik buat menantu nenek

jadi nenek mohon
doakan kesejahteraan dan keselamatan menantu nenek
dan juga bakal cucu nenek

Monday, 5 March 2012

lihatlah dunia...

anak anak putih dah buka mata
kesemuanya
di usia 15 hari.
telinga pun dah tegak
bukan main lagi lincahnya
dah dapat lihat dunia...
dah pandai jalan merata
bila terkeluar dari sangkar
mujur rumah nenek takde kucing

jadi nenek terpaksa
belikan satu lagi rumah baru
yang sama size dengan rumah dewasa
untuk anak anak putih yg lima tu
bergerak dengan lebih selesa

Sunday, 4 March 2012

konvoi

nenek ke port dickson hari ini
di highway seremban port dickson
satu kumpulan konvoi bermotor
(terlupa pulak apa yg tertulis di belakang t-shirt mereka)
rasa mengganggu pemanduan nenek
tak salah nak buat konvoi bermotor
atau konvoi berkereta sekalipun
tapi biarlah di rancang dgn baik

tapi ada lagi satu
yang lebih mengganggu pemanduan
bila 4 buah motosikal
yang nenek pasti tiada kaitan dengan konvoi tersebut
dipandu laju
dengan penunggangnya meniarap di seat motor
entah apa nama gaya tu
tak tahu la nenek
mencelah dan memotong di tengah highway

haiiisshhhhhhhhhhh...
tak sayang nyawa betul!!
kenapa perlu mereka berkelakuan begitu?
nak tunjuk apa sebenarnya?
yang pasti...
ianya sangat sangat mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Saturday, 3 March 2012

repek nenek 2

nenek sedar
blog nenek ni bukanlah banyak membantu sesiapa
sekadar ruang untuk nenek berkongsi cerita
dan meluah rasa

sbb tu
nenek lebih suka layari blog teman-teman
atau blog pautan dari laman teman
melihat kekreatifan mereka
merekacipta laman blog
yg kekadang membuat nenek bergayut lama
di situ

nenek minta maaf dan minta halalkan
pada blogger-blogger tersebut
semasa nenek melayari laman blogger tu
ada yang nenek berkenan dgn isi blognya
nenek dah copy paste
especially "resepi" and "petua"
untuk bacaan dan panduan kemudian
tanpa minta izin terlebih dahulu
rasa bersalah pulak
nenek harap ianya memang utk dikongsi
bersama pembaca lainnya

Friday, 2 March 2012

terasa lama

dah berapa lama tak menjenguk teratak rindu.
entah apa la khabarnya
terakhir dulu,
pokok ceri ditebang
dan dihimpunkan saja di laman
tanpa dibakar
sebab tak sempat

dah beberapa kali
hajat nak menjenguk teratak rindu
terbantut

nenek kena balik juga
menjenguk teratak rindu
with or without atok
sementara nenek masih sayang
pada teratak rindu

Thursday, 1 March 2012

berhenti berharap...

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati


Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat


Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…


Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…


Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

terganggu

sejak malam tadi
minda nenek agak terganggu
entah apa-apa saja
yang melintas dalam fikiran

"my dear friend...Allah menyanyangimu"

kata-kata itu menyejukkan hati nenek.

nenek harap...
semoga semuanya baik-baik saja.
setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman
nenek yakin itu