ke denai alam
atok dapat sms dari kawannya
jemput baca yasin untuk ibu mereka yang sakit
majlis akan diadakan jam 5 petang
lepas solat asar nenek dan atok gegas ke sana
dalam kereta dah jam 5 lebih sikit
nenek duk terfikir nak duk mana nanti kalau majlis dah mula
(ini pertama kali nenek nak masuk rumah mereka)
nenek tak tahu plan rumah mereka camana
bila sampai
atok park jauh sikit dari rumah kawan tu
nampak banyak kereta duk park depan rumah dia
nenek dan atok pun terus masuk kerana pagar terbuka
lagak cam orang terlambat upacara penting
kalut main terjah
suasana sepi
ada yang tak kena ke?
atau tak mula lagi kah dalam hati nenek berkata
teruskan melangkah sampai depan sliding door yang terbuka
bagi salam
tak siapa menjawab
masing-masing duk sibuk ngan aktiviti petang
dan nampak kawan atok
bagus punya tido kat day bed di ruang tamu
nenek dah tentu la confius
bila isteri kawan tu datang menyambut kehadiran nenek dan suami
terus la nenek bersuara
tak mula lagi ke?
dia pulak tanya nenek
mula apa?
(boleh bayang tak camana kekeliruan nenek masa tu?)
kawan atok pulak duk suara
dalam mamai mamai orang terjaga dari lena petang
nak datang kenapa tak bagitahu dulu?
(nenek ????????)
aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............
memang la ada majlis bacaan yasin tu
tapi sabtu minggu depan daaaaaaaaaaaaaa...
apa la atok ni
tak baca sms betul betul
semangat betul atoknya!!!
moral of the story...
baca dan fahamkan setiap sms yang diterima. :)
No comments:
Post a Comment