pagi tadi
selepas balik dari bawa Alif ambik darah
jururawat masyarakat datang melawat ke rumah
jururawat periksa Alif dan mamanya
berat badan Alif menurun
kata jururawat tu biasa untuk bayi kuning
lagipun Alif cerdas dan menyusu badan dengan baik
mama Alif juga sihat katanya
cuma luka jahitan masih belum sembuh sepenuhnya
selesai membuat pemeriksaan
nenek jemput jururawat minum pagi
kebetulan nenek tidak sediakan apa apa pulak
untuk dijamu pada jururawat tersebut
semalam nenek menunggu juga
siap ada karipap pusing semua
tapi tak datang
hari ni sebab nak bawa Alif ambik darah
nenek tak berkesempatan lah sediakan apa apa
tapi nenek bekalkan kerepek pisang
buat kudapan jururawat dan kawan kawannya
terimakasih jururawat masyarakat
atas kesudian hadir
melawat dan merawat cucu nenek dan mamanya
No comments:
Post a Comment