Tuesday, 27 March 2012

169

hari ini bacaan darah Alif 169
turun lagi dari hari tu
doktor pesan benda yang sama untuk mama Alif
jangan ambil jamu
sehingga bacaan darah Alif normal

tadi masa ambik darah
Alif nangis sampai takde suara
kesian benar nenek tengokkan
rasa nenek nak tepis je jururawat tu
tapi jururawat tu dapat tenangkan Alif
sampai teresak esak Alif
mama nak bagi susu pun Alif dah merajuk
sakit benar rasanya

bila mama bawa Alif ke bilik penyusuan
dan pujuk
Alif kembali menyusu dengan baik

sabar ye sayang nenek
jumaat ni kita kena pergi lagi sekali
dengan harapan
bacaan darah Alif akan turun normal
nenek doakan yang terbaik buat Alif..

No comments:

Post a Comment