Saturday, 24 March 2012

klinik

semalam nenek buat laporan ke klinik
tempat mama Alif buat pemeriksaan masa mengandung dulu
diorang minta nenek bawa Alif ke klinik esoknya
untuk mengetahui perkembangan terkini kuning Alif

jadi tadi pagi
nenek bawa Alif ke klinik berkenaan
agak lama menunggu
lebih dari sejam
keadaan klinik juga ramai dengan pelbagai pesakit
dan nenek rasa sangat tidak sesuai untuk bayi seawal usia Alif
untuk berada/berlama di situ
namun apa daya
semuanya demi kesihatan Alif

Alif nangis juga bila kena cucuk jarum di kaki
tapi dapat ditenangkan
alhamdulillah
bacaan kuning Alif makin menurun
namun Alif perlu dibawa lagi hari selasa nanti
insyaAllah.

tadi tiba tiba Alif menangis kuat sampai tak bersuara
nenek bimbang sangat
nenek ambil Alif dari mama dan terus bacakan sesuatu ditelinga Alif
alhamdulillah
Alif dapat bertenang

dear Alif...
nenek sayang Alif sangat sangat
semoga Alif sentiasa dilindungi Allah
dari segala godaan syaitan yang direjam
diberikan kesihatan yang baik baik
dijauhkan dari segala kejahatan dan kecelakaan
menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengenang jasa
dan semoga Alif berjaya di dunia dan di akhirat

No comments:

Post a Comment